Friday, 31 December 2010

hello 2011 :)

assalammualikum

hari ini yang ke-365  dalam tahun 2010 .
lagi bape jam je nak msuk tahun baru .
excitednya !
ye tahun 2011 bertambah lahh umur setiap makhluk di muka bumi ini . 

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2010
AND
SELAMAT TAHUN BARU 2011

PERISTIWA 2010 yang di ingati selalu .
kerja di touch n go
awal tahun naik genting 2 kali
first time drive naik cameron highland !
amik result spm
penganggur terhormat 3 bulan
masuk unisel
duduk hostel for the 1st time everr
beli camera nikon S4000
overnight tak ingat dunia
folder gambar dalam harddisk semua hilang
belajar dan memahirkan skill bawak kete manual
rumah baru
meet alot of new friends
single
donny meninggal
bela winda and now she's bunting !!
pasukan malaysia menang piala suzuki . :)

hmm , banyak lagi sebenarnye .
tapi mcm tak berapa nk igt lahh .
alhamdulillah , bersyukur kepada YANG ESA .
aku masih bernafas di muka bumi untuk menempuh tahun baru .
masih banyak cabaran yang aku akan tempuh .
insyaallah aku akan teruskan hidup yang baru .
dengan berbekalkan  azam dan semangat yang kental .
wahhh ! kental lah sangat . takpe , ayat mesti gempak kan ?
insyaallah , aku yakin aku boleh ! malaysia bolehh !!! :D

walaupun hari ini aku duduk terperap je kat rumah , takpe .
aku masih gembira disamping keluarga .
menyambut kedatangan tahun baru hanya duduk di depan tv yang gedang .
sambil makan dominos pizza .
tengok bunga api kat tv lagi clear , baik punyee . :p
takpun , jap ag g merempit tengok bunga api kat depan rumah unty kiah .
firework from sunway n bukit jalil boleh jelas kelihatan .

akhir kata , SELAMAT TAHUN BARU to all of you !
semoga tahun baru akan membawa kerahmatan , dan hidup yang lebih diberkati .

Friday, 24 December 2010

rajin .

assalammualikum kawan-kawan . :)


main idea 
masak untuk mika .

sebab 
mika lapar sangat , makan telur je kat rumah . -.-''

jalan cerita 
mika mengadu kat wawa , lapar . 
dah alang-alang kami (dalila & wawa) nak masak for diner ,
so , masak lah lebih-lebih .

manu 
nasi putih
sardin + kentang
telur dadar 

lokasi
hostel dalila & wawa (sesi memasak)
court di unisel (sesi makan)

peserta :)
me ; dalila ; ci ro ??
wawa ; ci tek
mika ; ci keding
ben ; ci mok
wan ; ci tua
ci li (sorry tatau nama penuh)

kejadian menarik 
ci li g sound orang dating blakang kerete wehh !!
ape kejadahnye !
tabik lah kat ko , :)

p/s
kepada para couple , 
berhati-hati bila terserempak dengan ci li ya . 
dia pantang dicabar , and dia ade silat .
^__^

Tuesday, 21 December 2010

20 cara buat roomates korang gila


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.



2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"



3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.



4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"



5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.



6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."



7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2.Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"



8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.



9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."



10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.



11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.



12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.



13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampung.Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.



14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.



15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.



16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik.Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.



17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.



18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.



19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.


20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat .

*nurul najwa noor khalid* dalila xkan nak buat cmni kat wawa . ini sekadar hiburan . :D

Saturday, 18 December 2010

hilang .

MEET MY RED BUFFALO .
sayang , kenape lah buat perangai .
awak tau kan u're my evrythng?
tipulah kalu ko kata ko tau , ko bukan ade akal fikiran pun .
hmm , why why why ? 
why all the picture inside u have gone !
damn , dah la aku ni suka bergambar n ambil gambar .
beribu kot gambar yang hilang ! 
(tak tipu mmg banyak gila gmbar dalam harddisk ni)
dugaan . nak taknak terpaksa redha .
yang aku lak terlebih bijak , boleh pulak x buat backup folder .
hah , hambek kau ! 
copy lah semua gambar yang ade kat facebook & myspace tuh .
tah kurun ke berapa pulak nk siap lak kan ?
takpe , pelan-pelan kayuh dalila .
ALL IS WELL! (3IDIOT)

movie hilang takpe , sbb boleh amik dari abang .
ohh abang , adik love ur hard disk . nak curik boleh ?
hahahaha . :D

penyeri hidup .

meet them 
nurul najwa , nor arif , mohd haziq , wan syarif syafiq aisamuddin 
wawa , mika , ben , wan

sape dorang ni ?
perangai x cam budak unisersity kan ? 
tape yang penting dorang ni manusia .
^___^

nurul najwa noor khalid
 aku mula kenal wawa mase perjumpaan pertama DPI .
peristiwa yg aku takpernah lupa , die mengaku kat mentor ktorg yang die buta IT !
pehh aku tabik lah kan . 
tatau IT tapi amik kos IT ?
hahah , tape , bende tu semua boleh blaja . lau tatau bole tanya . kan ?
aku slalu g class ngan die , g memane pun ngan die .
 walaupun masa sem 1 x same rumah , tapi kami ttp bersama .
alhamdulillah sem 2 kami tinggal sebilik , katil berlainan ye . 
perempuan ni gila ! sangat best lepak ngan dia .
 sape nak ? die tengah single nih !

wan syarif syafiq aisamuddin bin samsudin
mak aih , panjang betul nama kau wan .
nak taip nama kau je dah amik masa seminit ! -.-'
ni sape pulak ? haa , nilah bapak segala ayam . (joking)
wan , dulu aku benci ngan kau .
sbb ko slalu nk beta aku time math class .
bagi aku kau blagak bagus , bajet lebih .
bila dah lepak ngan ko , oh , gile rupenya budak nihh .
ok , kite sekepala , kau mmg best !
maklumlah , dah berpengalaman lah katekan . :D
abang ni ade moto besau !
bila nak bwk aku jenjalan naik moto kau ? O.o

nor arif
im still wonder where did u get ur nick name 'mika' ?
jauh menyimpang kot . -.-'
okay , mamat ni satu class ngan aku .
die tersangat lah hebat dalam nanyi lagu matsaleh .
aku tatau camne ko boleh hafal lirik dalam masa yg singkat .
tabik sket !
aku kenal kau mase kita 1group dalam class en ezwan .
kau mnyampah ngan aku kan ?
ntah cmne kite leh rapat aku pun tak ingat .
mungkin sbb ko slalu ikot wan g memane kot . 
abang ni pon single . :D

mohd haziq
ben 10 , no it just ben .
si gemok ni kitorg kutip tepi jalan jek .
ben bukan 1 kos dgn kami , di budak multimedia .
masa sem 1 die housemate mika .
one day die ikot ktorg g OU .
since that day , kami rapat .
lepak memane die mesti ikot jugak .
pakcik ni ade nikon d5000 kot tak silap lah kan .
huihh , sumpah aku nk curi kepala gajah kau tuh .
and aku tersangat lah pelik , 
bila die isap rokok , asap kemain berkepol-kepol .
org lain takpulak ? lantak kau lah NAK .


i hope we can be friends forever . :)
i'll pray all the best for us .
u're the best i ever had , friends .
lots of love , farah dalila

Friday, 17 December 2010

winda .

winda si gemok (mengandung)

semoga dapat anak yang comel-comel ye winda .
jaga diri elok-elok ye .
kami semua sayang winda .
^___^

Thursday, 16 December 2010

bilakah ?

assalammualikum kawan-kawan . hee . :D


takperlu kata apa apa , senyum ! ^___^ (gila jap)


mengikut tajuk yang tertera di atas , BILAKAH ?
tadi aku tertanya , bilakah agaknye aku nk KURUS nih !
adui , niat sem dua ni , nak kurus .
hostel dah tinggi dah , tingkat 4 . hari-hari turun naik tangga !


lau dah berkawan ngan kaki pelahap , harapan lah nk kurus .
nk kawal makan ? takpayah lah dalila oi , lupakan jelah hajat hang tu naa .
putih bijik mata lau konon2 nk berdiet ni hah . 
tak kan la org makan kite nk hadap je kott ? takdapat ah jack !


lagi satu , ntah bila la agaknye aku ni nk tido cam manusia yang normal ?
tido cukup 8 jam ? tido malam bangun subuh . bukan tidur pagi bgn tghri !
ish ish ish , not good , not good . heheheh .
mana taknye , class paling lambat pun habis kol 10 .
lepas class , makan minum dulu , 
selagi x dgr bunyi siren , jgn haraplah nak balik hostel memasing !
bila dah kat hostel pulak , balik bukan terus tido , on9 lu . 
konon nk on9 kejap je lah kan ? tup tup , dah 2-3 pagi ! 
baru lah terhegeh2 nak tido .teruk betul la perangai dalila ni !


takpe , tunggu 2011 , pasang AZAM baru , baik punye !
:p good luck DALILA !

Wednesday, 15 December 2010

tag !

1.apa benda paling penting dalam hidup anda?
papa mama , hard disk , lappy , internet , duit , handphone , nikon s4000 .


2.benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
air asam kasturi .


3.dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
kalau mampu kat hotel lah kan  .
tema : garden / fairy tale . 

4.adakah anda sedang bercinta sekarang?
nope ! totally single . ade sesape nak ngorat ?


5.berapa lame korang akan mencintai pasangan korang?
sampai ke jinjang perkahwinan . ecehhh !
kalau dah kawin , mesti la selama-lamanya kan ?

6.novel / buku / majalah terakhir yang korang beli?
cleo .


7.antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
both , anak bongsu , mesti la bodek lebih .


8.namakan orang yang betul-betul korang nak jumpe dalam hidup korang?
nabi muhammad s.a.w . :)


9.adakah korang basuh baju korang sendiri?
sometimes , lau kat hostel baju yang penting je basuh .
selebihnya bwk balik umah basuh pakai mesen . :p


10.dimanakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
chocolate wonderland . :) wujud tak ? 
rome .


11.pilih salah satu, peluk atau cium?
peluk .


12.beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
kurus , kembar izul , gila .


13.lagu yang korang suka and selalu dengar?
we are who we are .


14.blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini?
athirah zuber
nurul athirah jussaini
azureen zainudin
aqilah farhanah


thank you izyan yan tag benda alah nie :))

Monday, 13 December 2010

sorry .

salam ,

lately ni tatau lah setan ape yang kacau aku .
keje nk emo , marah orang je .
orang tak berdosa pun turut kene tempiasnye .

aku rasa aku bukan FARAH DALILA yang dulu ,
mungkin keadaan sekeliling membuatkan aku berubah .
berubah perwatakan .
mana dalila yang suka buat orang gelak ?
mana dalila yang suka buli orang ?
mana?

kenapa dalila yang sekarang ni cepat sangat sentap ?
orang tu niat nak bergurau , tapi kenape aku cepat terasa ?
sikit-sikit nak nanges !

dah macam orang hilang anak dah aku ni .
ok , ni bukan azam baru ye .

untuk semua , saya FARAH DALILA BINTI MOHAMED JAIM ingin meminta maaf dari dalam , luar , atas bawah kepada semua . ye , semua pernah melakukan kesilapan . takde ape pun yang sempurna dalam dunia ni kan ? tak kesah lah aku kenal ko ataupun tak .

papa , mama , abang , akak , adik minta maaf , :( adik dah kurang ajar ngan korang . tapi adik nak korang tau , adik sayang korang more than anything in this world !

Thursday, 9 December 2010

dalam kenangan .

1/5/2010 ~ 8/12/2010
DONNY

adik sayang donny , adik tak tido 1 hari fikirkan donny .
adik menangis je bile teringatkan donny .
lepas class visual adik terus g umah akim , nak cari donny .
adik panggil banyak kali , tapi donny x de . :(
mase otw balik adik tengok2 kat kawasan2 perumahan tu . 
tapi donny xde gak .
dalam kereta , adik nanges sorg2 .

dalam class pengajian malaysia adik nges lagi .
sumpah class penuh gila gabung ngan budak mane pun adik tatau .
lantak lah dorg nk fikir apa , adik rindu donny sgt2 mase tu .
lepastu , mahani bg msg kat adik .

adik sukacita dimaklumkan bahawa muhd donny tlah pulang kerahmatullah
pada rabu 8/12/2010 , moga rohnya dirahmati ALLAH .

mula2 adik xnak percaya . adik kuatkan hati yg mahani tipu .
adik call , dorg kata betul , donny dah xde .
then akim pulak call , die gtau donny dah takde .

adik ajak kwn2 adik g umah akim once again .
adik nk tgk donny untuk terakhir kalinya .

ya ALLAH , kerasnye badan donny .
mata donny terbukak , berair .
donny menangis!

kawan2 akim semua tolong galikan kubur donny .
thanks korang!
adik x tgk masa donny ditanamkan . 
adik x sggup .
adik datang masa tanah dah dikambuskan .
akim nges don . adik pun nges gak .

mcm x percaya donny dah xde!
semua syg donny .
papa mama pun syg donny .
donny kucing yg baik , active sgt2 .

tapi b4 donny pergi donny jd murung .
donny cengkung sgt .
adik tatau donny sakit . :(

ALHAMDULILLAH , ALLAH dengar doa adik .
donny terbaring bwh kereta kat umah akim .
walaupun dorg dah cari donny mlm tu smpai 4 pg merata , tapi donny xde .
ALLAH sygkan donny .

setiap yang hidup pasti akan pulang kepada penciptaNYA .

SELAMAT TINGGAL DONNY .
:'(

Wednesday, 8 December 2010

DONNY .

DONNY , balik lah cepat .
adik rindu sgt kat DONNY .
ramai org risau tau .
DONNY g mana ? 
semua org mencari DONNY tapi x jumpe .

:'(
I LOVE U HYPERCAT DONNY !
I MISS U SO MUCH !

aku minta maaf


NOR ARIF

aku minta maaf . :(
aku tau aku bukan kawan yang baik untuk ko .
aku dah sakitkan hati ko . 
aku dah aibkan ko depan orang ramai tanpa aku sedar .
niat aku hanya nk bergurau , tapi dah terlampau .

orang kata 
' terlajak perahu boleh di undur , terlajak kata ?'
  (lupe dah ape sambungannye ) hhe 

aku harap sangat ko boleh maafkan aku .
ko marah kat aku smpai xnk jamah sikit pun j.co donut yg aku beli kan ?

MIKA , AKU MINTA MAAF ! :(