Saturday, 6 August 2011

Contract SINGLE dah terbatal . :p

assalammualaikum .

hye , dah lama tak update blog ni . sumpah malas doh nak menaip . tatau la kenapa . lebih suka update twitter dari blog . sebab ? suka hati laa nak update yang mana satu . ahha . okay , tujuan update blog ni nak gtau , now i'm taken by Muhammad Farhan bin Ahmad . tudiaa , contract SINGLE dah terbatal ! yeahh , now i'm in a relationship with mr. kem komanden . huahuahua . 04.08.2011 tepat jam 11 malam . :) 


nak mengaku ni , aku takpernah ada relationship dengan orang yang gila masuk air macam paan ni . serious dohh , kau nak buat ape buat la , takyah nk segan silu . tapi agak-agak la kan , ade la batas . asyik nak gelak je tengok telatah org tua nih . tatau la  . tengah sakan bercinta , semuanya indah depan mata . ye tak ? dah la busy keje je memanjang , haihh . 1 dugaan yang aku kena hadapi . nak halang ? gila kau !! kerja doh . kalau tak kerja nanti dia nak makan ape ? nak bagi mak makan ape ? so , kerja la selagi mampu ye syg . 

1st day jumpa , masa temankan kakak ke pangsun . since that day aku kenal ngan paan . next we hangout together masa hantar camera g service kat TS , tengok transformer skali . pastu ... malas la nak cerita , da banyak kali dah lepak ngan si paan ni . :) hee .


tadi pun hangout ngan dia gak . berbuka puasa sesama . g TS lagi . naik train dari ampang . makan kat Kenny Rogers Roaster . pastu tengok movie The Rise of The Planet Apes . :) balik naik teksi . perbelanjaan harini semua di taja oleh Muhammad Farhan . thank you dear . kenyang gila berbuka harini . :) have a great day with you . terubat rindu . hahaha , mula dahh jiwang .

nak pesan ni , saya harap awak faham saya . saya taknak jadi hipokrit . ye , memang saya ramai kawan lelaki , mana-mana pergi mesti ada lelaki . tapi diorang tu hanya kawan saya . dari sem satu lagi . lepak sesama , makan sesama . diorang la kawan susah senang , insyaAllah . tapi awak jangan lupa , kalau saya lepak ngan diorang , wawa mesti ada dgn saya . fyna and iera pon . so , dont worry too much okay . saya pandai jaga diri dan batas bila dengan diorang . saya ni setia orangnya . #promote HAHA .

''YA ALLAH YA TUHANKU ko panjangkan la hubungan kami, lindungilah die yang berade jauh dri mate ku ni,ko sejahterakanlah kehidupan die ya Allah,ya Allah ya tuhan ku aku xsanggup melihat die bersedih ya Allah,andai kata aku pergi dulu dari muka bumi ini dengan sakit dan dugaan yang kau uji ku ini ya Allah ko ketemukan lah die dgn org yang jauh lebih baik dri aku,yang memahami die,xkan sia2 kan idup die dan serupa dengan ku rupanye ya allah.aku redha dgn pemberianmu ini ya Allah'' -Muhammad Farhan bin Ahmad .

Amin amin amin , thank you sayang . :') saya sayang awak juga Muhammad Farhan bin Ahmad . :)

Tuesday, 5 July 2011

assalamualaikum .

Semalam aka hari isnin , saya g kuar tengok wayang lagi . temankan abg aan . dia nak jugak tengok cerita rasuk . daripada haritu lagi . so , layankan ajee . and yang paling terbaik , 1 panggung ade 5 orang je . osemm kann ? sejuk takyah cerita lah kan ? boleh beku dok dalam tuh . huhu , serik nak g lagi tempat tu . nama big cinema . memang big , tapi takramai orang . huhu . kesimpulannya , cerita ni bosan , lambat . siapa yang banyak dosa boleh terbakar . HAHA . :)

SINOPSIS – RASUK
Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan menarik serta aman dengan kehadiran penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman seorang pengarah fotografi  bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut kerana banglo itu cukup indah dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.

Saturday, 2 July 2011

hello JULY . please be good . :)


7/7 - Result's of semester three .
5/7 - Abang Irwan's birthday .
5/7 - calebrate wan batik birthday at Nur Lembah Pangsun (maybe) .
9/7 - Universal Studio , Singapore .
18/7 - Hello semester four .

Thursday, 30 June 2011

Sekali Lagi . :)

assalammualaikum . 
hyee . :D tadi saya g tengok wayang lagi dengan kawan kakak . kat summit usj je pon . movie Sekali Lagi . masuk lambat 10 minit . ciss . ni semua jalan jem punya angkara ! tak guna ! aku mengaku aku menangis dalam wayang berkali-kali tengok cerita nih . hee . jiwa halus gak eh aku nih . :p menghayati habiss . good job si handsome Shaheizy Sam , si cantik Lisa Surihani and si comel Mia Sara . puas hati . :)


Sinopsis Filem Sekali Lagi ;
Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Saksikan kesudahan filem Sekali Lagi di pawagam berhampiran.

Dark Of The Moon .

assalammualaikum . 
nampak tak Optimus Prime ? kacak kan ?? okay , i'm in love with her voice actually . sungguh la macho ! :D boleh cair babe ! kahkahkah . ngan robot pon boleh ade perasaan . ishh , pelik la awak ni dalila . g mampuh korang ! suka aku la kann . overall cerita ni tersangat la AWESOME double thumbs up ye rakan-rakan . sila serbu panggung dengan kadar yang segera !! and jangan lupa ajak saya sekali , nak repeat berkali-kali rasanya ! hee . over tauu !

Plot of Transformers 3 Dark of The Moon:
"The Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide and Sideswipe led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009’s Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There’s new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime Transformers character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth."

Monday, 27 June 2011

sehari di Nur Lembah Pangsun :)

assalammualaikum . 


hari terbaik . dah la tak tido seharian . kene pulak temankan kakak . die kena tolong member jadi jurulatih tak iktiraf kat Nur Lembah Pangsun . penah dengar takk ? alaa , TV3 slalu buat kem remaja kat sini . tempat dia best ! memang sesuai buat program camping . 


aku ni dah la jenis tido lambat , time orang dah bangun aku baru la terhegeh-hegeh nak tido . pukul 6 pagi aku naik atas dengan niat nak tior lah kann . tengok-tengok kakak dah bersiap-siap . ciss ! baru je nak tido . rela tak rela kene la mandi and bersiap . pukul 7 bertolak dari rumah .



sampai je , sarapan dengan jurulatih yang lain . nasi lemak . lepak jap and get ready for jungle tracking . aku pulak tak bawak sport shoes . slumber , redah hutan pakai fipper . pakai slipa je babe ! outfit memang tak sesuai langsung la kan . yelaa , kakak suh temankan je . tup-tup dorang suh join skali . ikot jelaa .  :D nasib baik jarak dekat je .


tolong handle budak smk kelana jaya . diorang tersangat la anak bandar . gedik takyah cite lah kann . bandar pulakk . kene tolong diorang dalam slot survivor . masak pakai kayu api . hahaha , huru-hara masing-masing . aku ajar diorang masak sardin , and diorang kata sedap !! HAHA , bangga jap . :p


pastu join group kwsp family day . dapat try flying fox wehh  !! :) terasa dunia ini aku yang punya ! muahaha , okay , itu dah over . mula-mula takut , lepas dah sekali try , nak lagi la jawabnya ! diorang stopkan aku kat tengah-tengah , untuk sesi bergambar . peace yaww !
paling best , bermain dengan dua ekor ular . jadi mama ular for the day . :) papa ular busy . so die suh aku jagakan . gembira sangat . rasa cam nak culik bawak balik je ! hehe . 
with phyton . :)
tengah tidur . comel kan ?

diorang suh kami adik beradik stay sana sampai ahad . tapi baju tak bawak . mama dah bagi green light tapi papa pulak suh balik . dalam kol 9pm gerak keluar dari sana . then lepak minum kat ampang . dalam kol 11pm  baru la gerak balik subang . :) i really had a wonderful day . :) tak rugi aku temankan kakak . :) thank you so much guys , kalau ade activity lagi call la ye . :) lau dalila free dalila join , insyaallah .
posing with the kids . :)

atas : abang cal , abang wan , kakak
bawah : syamin , abang pa'an , me 

Monday, 20 June 2011

great trip with u8 seniors ! :)

assalammualaikum .

okay , malas nak type . just enjoy the picture okay ? takbanyak pon , just a few . :) btw , i really had a great weekend trip with my seniors aka kakak friends . :) 20 orang yang pegi . ramai kan ? had a bbq there . ayam and sosej was so delicious ! thank you mahani for the recipe . :)


sebelum tuh , meh baca ni dulu . pengalaman main slide . nak sangat mencuba , at last hampir lemas bersama nur syamimi athirah aka mimi . dah la kami berdua kurang ketinggian . and al-asas kata takdalam , ofcurse lah , dia tinggi ! -.-' duhh . puas aku tendang untuk ke permukaan air , terkapai-kapai dengan harapan rasa udara kat atas , harapan~ . aku ditarik dan dipeluk erat oleh mimi . ciss , nak lemas sesama kee ? ok fine , aku sayang ko . hehe . alhamdulillah semua selamat . thanks jeff and asas . jeff , aku tendang ko eyh ?? takperasan derr , maklum la tengah bergelut dalam air . :p


THE END

Saturday, 18 June 2011

kung fu panda .

assalammualaikum , 
walaupun agak ketinggalan , tapi takpe . tetap puas hati . straw cap , orang paling excited nak tengok cite nih . :) aku jadi mangsa untuk temankan dia menonton wayang kung fu panda yang tersangat la AWESOME . sumpah comel si po nih . nak bela sekor boleh takk ?? geram !! btw , walaupun dalam panggung tu gelap , tapi aku nampak straw lap air mata ! HAHA , ye die menangis . muka je ganas , dalam hati ada taman . :p

Friday, 17 June 2011

HERO saya . :)

assalammualaikum . :)
hello peeps , handsome kan jejaka kat gambar tu ? meet my papa , mohamed jaim bin moprad . :) papa ni ade tahi lalat kat pipi kanan , manis tau . siapa yang melihat pasti tergoda . hikhikhik . :p okay , itu bodek namanya . sempena hari bapa ni , nak update pasal papa pulak dalam blog ni . papa adalah sumber kewangan aku yang paling utama . penat lelah papa mencari rezeki untuk anak bini . ye , papa sorang je yang bekerja . walaupun umurnya dah mencecah 59 pada 16 mei lepas , papa masih lagi gagah dan kuat untuk bekerja . :') hebat betul la papa ni . 

shopping dengan papa memang terbaik . haa , nak tau tak ? papa banyak bagi idea dalam berfashion . :) best kan ? pakaian yang di offer bukan calang-calang , itu yang bestnye . huhu . nak puji lagi nih . papa sporting , sama macam mama , sebab tu la dorang kawin . :) hee nipu beno  . itu bukan sebab kenapa papa n mama kawin . yang tu lain pulak citenye . haha . cikgu kami adik-beradik siapa lagi kalau bukan papa . mendidik , merotan , membebel untuk membentuk anak-anak supaya jadi 'manusia' berguna kelak. thank you pa . :')

hobi papa , suka tolong orang . family first lah kan , baru tolong orang lain . proud of you pa . selain tu , papa ni dulu jaguh boling . minat dia dalam boling diturunkan ke anak-anak . :) bapak borek , anak rintik lah kan ? aku minat boling pon sebab papa lah , die yang membawa virus boling dalam diri aku . :D kalau nak di ceritakan tentang papa kat blog nih , tak muat rasa nya . :) takpe , takyah nak riak and bangga sangat . adik bersyukur ade seorang ayah macam papa . ye , adik degil , and adik dah kecewakan papa banyak kali . paling teruk sebab result semester dua adik . kann ? hurrm , adik minta maaf pa . i love you papa dan adik akan cuba perbaiki pointer adik . insyaallah . btw , adik proud of you !


SELAMAT HARI BAPA , PAPA . :)

Thursday, 16 June 2011

GREEN LANTERN .

assalammualaikum .
okay , saya tipu . sebelum offline , nak gtau tadi saya g tengok movie ni kat sunway pyramid . wayang start 9.45 . fyi seat number A1 , yes hujung depan sekali . tersangat lah awesome dan teleng kepala mendongak sampai cerita yang best ni habis . sekian . :')

adios .

assalammualaikum .

girlfriends :)
hye followers ! *macam beribu je kann ?? padahal baru 21 followers . huhu . lama tak update blog . last update 14 may 2011 . sekarang , 16 june 2011 . pergh , sebulan . busy bebeno si dalila ni kann ? haha . yup busy lepak bersama geng baru and of course la busy study !!! adess . memandangkan sekarang ni tengah cuti semester . taklama sebulan je pon . so ape lagi . isi masa lapang dengan menaip ape yang patut kat blog nih . :)


first of all , nak cerita pasal ape yang berlaku semester tiga ni . nak tau ?? keep on reading okay . taknak tau , g kat button X colour merah kat bucu kanan tu , and jangan segan untuk click . peace yaww ! okay enough with the merepekness . sem ni paling banyak memori yang pernah aku lalui . walaupun sem pendek , tapi macam-macam yang aku dan kawan-kawan aku lalui . 

mana pegi , muka kami jelaa .
event rakan multimedia . :) jual burger . sedaap .
1st , event broga yang berakhir dengan kemalangan kereta . 2nd , jaga mangsa kemalangan sehingga dia keluar dari hospital . alhamdulillah , dia semakin pulih . :) 3rd , majlis doa selamat bersama wonderpet family untuk am & ren . 4th , hangout with GBS family , lepak makan kat fob , karaoke , g kolam air panas , tengok wayang and so on . 5th , memeriahkan final project entrepreneurship rakan-rakan multimedia & celebrated mika's birthday . 6th , assignment pengajian islam , mini project french music video , oral test french . 7th , krisis with our own housemate aka bestfriend . :') 8th , study stalk study stalk study for the finals examination . 9th , packing barang , sumbat dalam kereta cabut balik subang . :)

proud to be FARAH DALILA . :)
hambik !! eh , kuat lagi ingatan aku ni . alhamdulillah . :') haa , banyak merayap kan ? mana lah papa mama tak bising , ishh , dalila dalila . *geleng kepala . okay move on . story pasal aku pulak , nak tau gak ke ?? okay , i am still SINGLE till today . *proud . the END . wakakaka . semata ?? aku lebih suka berkawan daripada bercinta . maybe ? take care of each other , loving each other but as a friend only . masih belum bersedia nak amik tender untuk bercinta ni . huhu .

la ni , ceq terpengaruh dengan twitter & tumblr . terima kasih kawan . aku addicted ngan dua laman sosial nih . asal online je 4 newtab , 1 facebook , 2 twitter , 3 tumblr , last baru la blogspot . :D hee , awesome dan tamak kann ? keghairahan untuk bersosial dengan cara tidak keluar rumah . haha . cukup lah setakat ini . penat dah . 

happy 9teen birthday's to NURUL HUDA AFIFA RAHMAN & MOHAMAD YASZMEER YAHYA . semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki . semoga diberkati ALLAH dalam apa juga yang korang buat . aminn . :) hava a blast day ! ^_^ 

Saturday, 14 May 2011

majlis doa selamat am & ren . :)

assalammualikum 

date : 8 may 2011
location : aunty am's house , ampang

Esok perjalanan akan jadi begini :  
1. Chuck amek dalila jam 8.30am. 
2. Terus amek ninie di shahalam.
3. Amek wawa dan yg lain lain di unisel. 
4. Amek munirah di ampang.
5. Amek jenny di lrt ampang.

aku orang pertama yang akan di ambil . so kene bangun pagi . baju pon kene packing awal sbb terus balik unisel . huhuhu . set alarm pukul 7.30am . tapi pukul 7am caie dah call , tgh panaskan enjin katanya . kelam kabut aku g mandi . 7.30am die dah terpacak depan gate rumah ! wtf , aku tgh makeup masetuh . ciss , kacau betul . lepak mydin , temankan caie brkfst then shoot terus ke unisel pickup wawa , fyna n wani . nini cancel lastminute sbb demam . janny pulak cancel sbb ade hal yang tak dapat di elakkan . 
lepas tuh , gerak ke nasi kandar pelita berhampiran ampang point , tunggu sang jejaka bersiap . lama gak lah lepak kat situ . naik bosan dibuatnye . tunggu semua dah ada , men boling seround , thanks ustaz blanja kami . :) paling menarik , men boling pakai kebaya ! awak mmg awesome lah dalila . :) menang lak tuh , boo for jejaka yang bajet nak menang pada awalnya , akhirnya tewas kepada farah dalila berbaju kebaya ! whee~
lepas men boling , si jejaka melepaskan geram di karoke . haha , nyanyi 3-4 lagu , pastu gerak g umah aunty am . setelah dimarah oleh ustaz kesayangan . :( majlis doa selamat di mulakan lepas asar oleh ustaz ahmad . kami dijamu dengan nasi minyak , ayam masak merah n pelbagai buah-buahan . pulut kuning pun ade gak ! 
after makan , lepak jap kat umah aunty am , sampai ke petang . snap snap . fyi , belakang umah aunty am ni ade stable horse . yup ade KUDA ! sumpah kagum and jakun kejap . hehe . sebelum balik ade perbincangan kecil . transportation utk balik . aku , wawa , fyna , iraa & wanie dpat kete kancil . ustaz suh balik terus ke unisel sbb nak pulangkan kereta sewa pukul 12 malam .

ape lagi , kami manfaatkan masa yang ade sebelum pulangkan kereta sewa jazly othman . :p hahaha , tukar baju kat umah iraa then naik bukit ampang . terpaksa suruh wanie drive , sbb ngantok sgt-sgt . thank you wanie . :) pemandangan kuala lumpur di waktu malam . nampak klcc , kl tower . best ! shoot balik unisel pukul 9.30pm . smpai dalam pukul 10.30pm , lepak ali firdaus tgk MU vs CHELSEA dengan bad , syafiq , mirza n loqman .

tepat pukul 12malam , semasa siren hostel berbunyi , kami pulangkan kereta sewa . hahah , terbaik kann timing kitorang ? :D alhamdulillah , majlis berjalan lancar . :) semua sampai ke destinasi yang di tuju dengan selamat . 

p/s : wonderfull day with wonderpet family . :)

Saturday, 7 May 2011

mama . :)

assalammualaikum . ^_^

mama saya comel kan ? 
sempena hari ibu sedunia , aku pon nak jugak post pasal mama kat blog aku nih . nak share pasal mama tercinta . nama mama HALIMAH BINTI SANUSI , tapi tatau la camne mama leh dapat nama 'senah' . so ramai la yang pggil mama kak nah la , cik nah la . 

mama tersangatlah friendly orangnya , peramah level 10 and maybe more than that kot . huhuhu , mana je berjalan mesti ade kawan baru . kagum wehh ! special pasal mama , kalau makan mesti comot . cover camne skali pon tetaplah tumpah kat tudung la , lengan baju terkene kuah la . hee comel gila ! and kalau tak balik rumah , tak dengar mama membebel , rasa tak lengkap je hidup nih . she's the best mom ever . masakan mama of course no 1 dalam list . semua pon suka masakan mak masing-masing kan ? :) 

aku bersyukur sgt ada mama , she is very supportive person . kalau tgh down ke ape ke , mama akan bagi pendapat , tapi dengan syarat , tahan telinga sbb die akan selitkan nasihat yang tepek kene kat kita sendiri . aku kalau balik rumah , mesti cerita kat mama ape yang aku buat kat unisel tuh , semua pasal kawan aku , akan aku cerita kat mama . gossip yang menarik ke tak menarik pon cite . walaupun mama x fham . tapi tak semua la yang dicerita . :D

mama lah yang mengajar aku cara mengemas rumah , cara lipat baju , memasak . alhamdulillah , sekarang aku pandai la jugak buat kerja-kerja rumah . tak la kekok sangat bila ade kat tempat orang . tapi malangnya , aku ni pemalas tahap gaban bila kat rumah , tatau la setan ape yang merasuk . :p sebab tu hari hari kene bebel . best ! awesome gile bile mama start bebel . :D

mama membesarkan kami dgn penuh kasih sayang , makan minum confirm cukup . walaupun dalam kegawatan ekonomi . kalau nak diceritakan , takde ape dalam dunia ni dapat disamakan dgn kasih sayang , jasa , penat lelah yang mama berikan untuk kami adik bradik . 

mama , adik sayang sangat kat mama , walaupun anak mama yang bongsu ni teramat la degil tak dengar kata , nakal macam abang , nak ikot kepala sendiri jek . adik pon kadang-kandang terkasar bahasa ngan mama , melawan cakap mama , tak buat apa yang mama suruh , ingkar perintah mama . :( adik minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki . adik teramat sayangkan mama . muah muah muah . 

HAPPY MOTHER'S DAY MAMA . :)

kemalangan

assalammualaikum .

sambungan post lepas , turun dari cameron highland . kereta waja mmg selalu gerak dulu . tatau la ape yg nak dikejarnya . hee . van & satria berpisah masa di petronas . rupanya ramai di antara kami ada perasaan 'tak sedap hati' tapi masing-masing pilih untuk tidak meluahkan .

aku dapat msg dari syafiq , 'korg turun ikot mana' dalam pukul 6.40pm . aku reply 'jalan sama masa naik , ikot tapah . nak ktorg tggu ke ?' . tiada respond . waja menunggu kami di tol tapah . mana lah satria nih ? tak sampai-sampai . puas kami call semua yang ada dalam satria , am , ren , faiz n syafiq . tak berjawab . line takde kot . kami teruskan perjalanan , sebab ven kene pulangkan hari tersebut jgak . 

semua perempuan student unisel naik waja , with caie . yang lain-lain naik ven . otw balik dalam pkul 7lebih , aku dpt msg dari syafiq 'abg kami excident , semua cedera' . ya allah , berhenti kejap jantung aku . takboleh wat ape dah , menangis tak berhenti , macam org gila aku mase tuh . dah la masetuh aku tgh drive , caie suh benti tepi tukar driver . call ustaz bincang ape yang patut . caie pecut baik unisel . kebetulan ade kereta abang . so kami yang perempuan nih pecut balik ke hospital tapah . thanks huda drive kete dgn selamat . aku takleh drive , emosi x stabil . 

smapai hospital tapah , meet up syafiq , kesian dia . terkontang-kanting kat sana sorg2 . dgr cerita dari syafiq camne kemalangan tu terjadi . am & ren dlm wad kecemasan . faiz di bengkel dgn satria . terkilan bila tgk keadaan am & ren dalam wad . hanya ALLAH yg tau bertapa sakitnya kecederaan yang mereka alami . ren mgalami kecederaan di tengkuk , am pula di bahagian peha kanan . tak sanggup nak tgk lama-lama , nnt bajir plak hospital tuh .

kami tunggu ketibaan ustaz , dan sahabat yang lain . sementara menunggu , kami diberitahu ren & am akan dipindahkan ke hospital teluk intan . kami setuju , sbb itu yang terbaik untuk sahabat kami . wawa akan temankan ren dalam ambulan , syafiq temankan am . 5 min lepas ambulan bwk ren ke teluk intan , ustaz pun sampai . drama air mata berulang kembali . :'( kami follow ambulan . menemani am dari belakang sehingga ke teluk intan , perjalanan mgambil masa 1 jam dari tapah . 

ok , shortterm memory lost , aku tak igt sgt ape yang berlaku . drama huda & jaz menyusul semasa ren dipindahkan ke wad . alhamdulillah , taklama kemudian , am dikhabarkan akan dipindahkan juga dalam wad yang sama dgn ren . subuh keesokkan hari kami bergerak balik ke unisel . bad n caie jaga am & ren . mika drive ustaz balik atas urusan tertentu . aku drive sehingga ke unisel dalam keadaan letih n ngantok . wawa , ira , nini , syafiq n faiz menemani aku . tapi yg berjaga wawa n syafiq je sepanjang perjalanan . smpai je unisel dalam pkul 7am , balik ostel trus tido . konon kol 10am nak bangun siap2 untuk ke teluk intan semula , hareem~ terlajak tido akibat keletihan . last-last kol 1 jugak bergerak ke sana . *tak igt pulak sapa yang ikot .  

sesi melawat dijalankan . dua hari berturut ke teluk intan . terbaik . beberapa hari kemudian am dipindahkan ke gleneangle ampang , atas permintaan keluarga am sendiri . ren pula semakin pulih . amapng , senang kami nak melawat am . dekat pon dekat . hari makin hari am semakin pulih , sekarang pon am dah discharge from gleneagle . esok bersamaan ahad 8 may auntie am ade buat kenduri doa selamat . insyaALLAH aku akan mghadirkan diri atas pemintaan am & family .

kemalangan berlaku akibat megelak kereta honda dari arah bertentangan . honda makan jalan mase tgh corner , alhamdulillah , faiz mgambil langkah untuk ke kanan dan akibatnya langar bonggol/bukit pasir . if ke kiri gaung la jawabnya . keadaan dalam kereta am di seat penumpang sebelah driver , syafiq n ren di seat penumpang blakang . syafiq terhempap ren dan akibatnya pinggang syafiq terseliuh and ren mgalami kecederaan di tengkuk . am tido si seat depan , kaki dilipatkan dan diletakkan di dashboard . akibatnya , mgalami kcederaan di tulang pinggul n kaki kanan . faiz driver mgalami kcderaan kecil di kepala n dada , stearing terkepak keluar . 

p/s : get well soon friends .

Monday, 2 May 2011

my first event . :')

assalammualikum .

hai !! selamat hari perkerja untuk semua yang bekerja , terutama papa MOHAMED JAIM  yang bertungkus lumus mencari rezeki untuk kami semua . terima kasih papa , besar dan murni sungguh jasa papa terhadap kami semua . mama HALIMAH , terima kasih menjaga kami semua , masak sedap2 , mendidik kami sedaya upaya untuk menjadi anak yang berguna kelak . insyaALLAH . :') love you both for the rest of my life . *maher zain .

ok , back to main topic , my first event . aku di lantik menjadi ketua program event broga hill oleh TUAN SPEAKER , besar kan tanggungjawab saya nihh ?? 1st of all , orang pertama aku cari WAN MOHD ASHAARI BIN WAN ARIFIN , ye caie aka chuck arifin . die la penyelamat and advisor aku .thanks you buddy . :p macam biase , FB menjadi penghubung antara kami sekeluarga . wonderpet family (armaggedon much more better i think) . create an event , set the date n time , and what so ever .

total 19 orang yang join event ni . hari sabtu bersamaan 23/4 . transport 1van pregio(sewa), 1waja(sewa) , 1satria(am punye) . dipendekkan cerita , kami bertolak ke broga pukul 3 . and and yang kelakarnye , saya tatau jalan !!! i mean tak berapa nk igt . nasib ramai 'gps' . :p  thank you guys , appreciate it so much . i lead the way from nottingham to broga hill . 

alhamdulillah , semua selamat sampai ke puncak except ira n ustaz . taklarat sesangat katanye . suku jalan aku terpisah dgn yang lain . terpaksa lepaskan mereka teruskan perjalanan sbb nak push iraa . kesian iraa , penat sgt . thanks ren leadkan jalan smpai ke puncak broga . alhamdulillah , berjaya push and bagi semangat kat ira sampai last pitstop ! :') and at last kali ke 3 aku ke broga , kali ni aku berjaya smpai ke puncak broga . naik batu besar pakai tali sorang2 beb ! siap dapat pujian lagi . :D hello , ni dalila la . i can do it alone lahhh ! *belagokk .

takdapat nak lepak lelama ngan kawan2 kat puncak :( tape dapat betenggek kat batu skejap pon dah memadai . harus menemani ustaz turun ke bawah bersama ngan adik faiz . yang lain still bersantai . kesimpulannye , gambar aku tak banyak dalam camera masa kat broga . :(  takpe , tak penting . yang penting kero mat kedah tercedera masa turun ke bawak , slide punye slide , ambik kau !! berdarah lutut . haihh , kesian die . sorry takdapat nak follow u guys , sbb ustaz lagi penting . :') 

masa dah jauh tersasar , breakfast ditangguhkan , memandangkan masing2 boleh tahan lagi . hebat betul perut korang kann ? penat smpai tak terasa lapar . berhenti rehat di tapah , gurl semua mandi kat sana sbb malas nk mandi di lata iskandar . and makan di r&r tapah .

konvoi bermula dari tapah , tapi waja hilang tah kemana , ciss , slalu tinggalkan kami kan . maceh caie . -.-'' meet up at lata iskandar . pemanangan sungguh cantik :) subhannallah . posing posing , snap snap . semua lelaki mandi and jenny too . :) sejuk dohh !! lepas mandi gerak ke cameron highland . :D 1st stop mamak sebelah starbucks tanah rata . 

lepas minum n makan , gerak ke cactus point . :) then g ladang teh kat bharat tea valley . then rushing balik . otw turun , isi minyak n gerak sendiri2 . perasaan taksedap hati pon timbul . jeng jeng jeng .

 bersambung ....

Sunday, 1 May 2011

sunyi .

assalammualaikum .
will update this blog soon 
banyak yang nak diceritakan about lastweek journey . 
suka duka teruja sedih gembira
thank you 

Sunday, 17 April 2011

assalammualaikum . :)
cap frog : kakak punye .
baju hijau : sekolah menengah usj8 .
camera : bb tourch papa .
bertemakan HIJAU , aku mengemas barang-barang keperluan untuk kembali hostel . setelah sebulan cuti menternak lemak , online sambil stalk orang , tido sepuas hati mengumpul mimpi , have a great time with brother & sister at landap , have fun with dearest friends ever ! 

esok aku dah nak balik unisel , barang semua dah 98% siap kemas , ni tengah fikir ape lagi yang tertinggal . haihh , kenape la class start isnin pagi wahai en poji oii . sabau jee laa . 

ZLU1242 - French 1
FITM - Faudzi Ahmad
FITM BK5 & BK 2
MONDAY & THURSDAY
10.00-12.00


MPW1143 - Islamic Studies
FPSS - Wazir
FPSS LT
WEDNESDAY
8.00-12.00
time table dah check , semua class pagi , ya ALLAH , semoga aku tak skip class ni semua . dalila awak kene berubah !! need to chage your attitude this time ! no more hangout too much with your friend ! chiyok chayok . 
p/s : mood semester 3 , come to me bebeh !!

Wednesday, 13 April 2011

otak kering .

assalammualaikum . :)

owlo awak !! ye , awak laa , yang tgh baca tuhh . hikhikhik . mesti korang baca tajuk tu rasa macam menjijikkan kan ? otak kering ? dah macam sotong / ikan kering pon ade gak . mengikut kajian saya , maksud otak kering ialah kurang siuman . tapi tajuk ni sebernye takde kene mgene pon dgn entry kali nih . hee . takpelah , blaja simpulan bahasa sket untuk kali ni okayh ?

dah lama tak update blog . takde idea nak tulis pasal ape . saya ni bukan kreatif dan berjiwa seni orangnye. saya ni rockers , yeah yeah *muka ganas ala banji amuk . :p ok , sudah dgn merepek awak tu ye dalila . 

dipendekkan cerita untuk minggu yang sangat suram lagi gelap gelita , kelam tak bermaya . wahh !! hahahah , ok , result sem dua aku teruk ! bye . hasilnye menghadiri sesi ceramah bersama encik mohamed jaim kesayangan . :')

peringatan untuk next sem , bukan takat tulis je nih , kene buat jugak !! belajar bersungguh-sungguh . dan harus kurangkan tabiat keluar lewat malam dalam erti kata lain OVERNIGHT . kepada rakan seperjuangan , kalau nk g overnite aku kirim salam je la ok ?? sekali sekala aku join . :) nak jimat beb !! focus focus !

p/s : "adik tak bodoh tau , tapi kenapa pointer leh turun nih ? " -papa . :')
adik takbodoh , tapi adik cuai & tak bersungguh-sungguh pa . sorry . 

Thursday, 7 April 2011

hijab . :)

assalammualaikum . 

hello readers , post kali ni nak berkongsi ceghite pasal memborong tudung . actually takde la borong banyak cam nak bukak kedai tudung kann . tadi , dalila , akak n mama g ke jalan TAR , yang dekat KL tuhh , yeahh , membeli tudung . semangat bukan main lagi . maklum lah dah berjinak-jinak menutup kepala yang sebelum ni terbogel je kann . so papa bagi duit untuk dua org anak gadis die untuk shopping hijab . tapi tetap overlimit , nasib banker *mama ade . hikhikhik . thank you papa & mama .

ade kisah lucu , mase nak beli selendang corak leopard idaman kalbu
dalila : excuse me , harga yang ni berapa ?? *buat muke cute
bangla : satu rm8 *muka habis ketat beb
dalila : alaa , rm5 takboleh ke ??
bangla : takbole , yang atas ni boleh la rm5 *corak tahpape 
dalila : kalau saya amik dua rm10 boleh ?? *tanduk da keluar
bangla : boleh-boleh *terkeliru
dalila : hmm ok , saya amik dua , black & hotpink
lucu kann ? die rugi rm6 beb !! yes , saya berjaya buat bangla nih keliru . dulu pon penah wat gak mase kat johor , memang ade bakat la awak ni dalila . hahahah . tulaa , len kali org tanye senyum , jgn wat muke ketat ngan dalila . kan dah terkeliru dgn harga sendiri ! :D muahahahahhaa *evil laugh.
belit-belit , jadi cam wawa . :p
blurr , but i love this picture
hotpink  matching dengan skin lappy kann ?? 
bawal kelantan , paling senang nak pakai kemana saja !!
inner , blue , black , cream .:)
pesan dari seorang sahabat :
'lepas ni koleksi tudung mesti lebih banyak dari koleksi gelang tau.'
:') insyaALLAH , tapi kalau sama banyak boleh tak ?? :p

p/s : hobi next sem , setiap seminggu beli 1 tudung ,kan mahani ?? 
btw , kalau nak g borong tudung roger adik tau ! :p

Wednesday, 6 April 2011

bahagia o.O

assalammualaikum

alhamdulillah , aku bersyukur sgt mempunyai papa yang prihatin terhadap keperluan anak-anak . cume anak-anak je kadang-kadang tak gheti nak menghargai . :( apo nk jadi laa . ishh . ape pon , lappy aku yang telah disakiti oleh abang tersayang telah dirawat . masuk wad sehari jekk sebab stock screen 13inci saya takdok . jadi apek kedai nk kene cari stock , sumpah cepat gile die wat keje , aku tabik !! hantar malam isnin , pagi selasa pukul 10.30 die call aku cakap lappy dah siap . *bengang sbb die kacau aku tido . so ape lagi , malam kang kene g amik . nyawa gua bebb !! :p tuptup kene RM450 . redha jelaa . 
screen yang sakit , dan semakin merebak lukanya .
sudah sihat !! see , ade plaster lagi . :p
p/s : LOVE you MOHAMED JAIM :) 
semoga panjang umur murah rezeki 
sihat tubuh badan 
adik sayang papa 
^_^

Sunday, 3 April 2011

broga LAGI ?

assalammualaikum .

hai peminat !! *tangan melambai ala-ala miss universe . ok , takyah nk bajet DIVA ye farah dalila . berbalik semula pada niat untuk mengupdate blog . ye , broga lagi . saya ke bukit broga sekali lagi . tapi kali ini bersama-sama my high school seniors . a.k.a kawan kakak , farah dayana . sebok je dalila nih nak ikot bagai . dah la tak dijemput . hahaha . yup TAK DIJEMPUT ye rakan-rakan . tapi si gedik dalila ni pujuk / mengayat baik punye kat akak die , dapat la jugak join dorang ke broga .
berkumpul : court 7 , subang jaya .
masa bertolak : 4 pagi
peserta (gadis) : 9 orang .
peserta (jejaka) : 8 orang .
transport : 2 kelisa , 1 vios , 1 wira . 

kucai lead jalan ke broga . bawak santai je , yelaa laju-laju pon ke broga jugak peginye . jalan lengang alhamdulillah . kalau pukul 4 pagi jalan jem , memang rakyat malaysia ni HEBAT lah kann . sampai kat broga dalam pukul 5 , gelap and tak ramai orang lagi . so lepak sampai kol 5.30 baru masuk parking dan teruskan pengembaraan . jeng jeng jeng . 

jalan landai je ponn , takyah nk cuak sangat . dalila guide dorang , sebab pernah kesana sekali . alhamdulillah tak sesat . lagipon ade track and orang dah ramai jugak mulakan pendakian ke atas . banyak kali rest . ade yang tercungap and tertipu dengan kata-kata dalila 'broga tak susah pon , bukit-bukit je ponn' . muahahahah ,  ape nak jadi la awak ni . and tak terkecuali , dalila pon pancit jugak , sebab tak ready ape pon nak naik broga nihh .

jalan-jalan , bergambar , mendaki sedikit demi sedikit , peluh pun dah bergelen-gelen keluar dari badan . sampai jugak ke pit stop broga . 2nd pit stop bukit broga actually . diorang da  give up untuk meneruskan perjuangan sehingga ke puncak gunung tok wan . puncak bukit broga pon tak sampai . haihh , sabo jelaa . nasib aku ikot program orang . kalau nak ikotkan hati , nak je aku jalan sorang-sorang sampi ke puncak . tapi ,nanti kene tinggal pulak , so abaikan je niat ko tu dalila oii .

macam biasa lah kalau dah stop tu , snap picture sampai lebam , posing sampai tatau nk pose ape dahh . camera  dslr ade 3 , so ape lagi . tayang muke la kat setiap camera yang ade . ^_^  
GAMBAR

p/s : next time ke broga nak mendaki sampai ke puncak gunung tok wan . 
insyaALLAH kalau ade rezeki .
now , perah otak organize ekspedisi broga hill .
dalila dilantik sebagai PM oleh dr ahmad untuk program nihh !! ^_^
besar tanggungjawab aku nihh , i'll do my best for us ustaz ! insyaALLAH .