hyee . :D tadi saya g tengok wayang lagi dengan kawan kakak . kat summit usj je pon . movie Sekali Lagi . masuk lambat 10 minit . ciss . ni semua jalan jem punya angkara ! tak guna ! aku mengaku aku menangis dalam wayang berkali-kali tengok cerita nih . hee . jiwa halus gak eh aku nih . :p menghayati habiss . good job si handsome Shaheizy Sam , si cantik Lisa Surihani and si comel Mia Sara . puas hati . :)
Sinopsis Filem Sekali Lagi ;
Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Saksikan kesudahan filem Sekali Lagi di pawagam berhampiran.

No comments:
Post a Comment