Saturday, 6 August 2011

Contract SINGLE dah terbatal . :p

assalammualaikum .

hye , dah lama tak update blog ni . sumpah malas doh nak menaip . tatau la kenapa . lebih suka update twitter dari blog . sebab ? suka hati laa nak update yang mana satu . ahha . okay , tujuan update blog ni nak gtau , now i'm taken by Muhammad Farhan bin Ahmad . tudiaa , contract SINGLE dah terbatal ! yeahh , now i'm in a relationship with mr. kem komanden . huahuahua . 04.08.2011 tepat jam 11 malam . :) 


nak mengaku ni , aku takpernah ada relationship dengan orang yang gila masuk air macam paan ni . serious dohh , kau nak buat ape buat la , takyah nk segan silu . tapi agak-agak la kan , ade la batas . asyik nak gelak je tengok telatah org tua nih . tatau la  . tengah sakan bercinta , semuanya indah depan mata . ye tak ? dah la busy keje je memanjang , haihh . 1 dugaan yang aku kena hadapi . nak halang ? gila kau !! kerja doh . kalau tak kerja nanti dia nak makan ape ? nak bagi mak makan ape ? so , kerja la selagi mampu ye syg . 

1st day jumpa , masa temankan kakak ke pangsun . since that day aku kenal ngan paan . next we hangout together masa hantar camera g service kat TS , tengok transformer skali . pastu ... malas la nak cerita , da banyak kali dah lepak ngan si paan ni . :) hee .


tadi pun hangout ngan dia gak . berbuka puasa sesama . g TS lagi . naik train dari ampang . makan kat Kenny Rogers Roaster . pastu tengok movie The Rise of The Planet Apes . :) balik naik teksi . perbelanjaan harini semua di taja oleh Muhammad Farhan . thank you dear . kenyang gila berbuka harini . :) have a great day with you . terubat rindu . hahaha , mula dahh jiwang .

nak pesan ni , saya harap awak faham saya . saya taknak jadi hipokrit . ye , memang saya ramai kawan lelaki , mana-mana pergi mesti ada lelaki . tapi diorang tu hanya kawan saya . dari sem satu lagi . lepak sesama , makan sesama . diorang la kawan susah senang , insyaAllah . tapi awak jangan lupa , kalau saya lepak ngan diorang , wawa mesti ada dgn saya . fyna and iera pon . so , dont worry too much okay . saya pandai jaga diri dan batas bila dengan diorang . saya ni setia orangnya . #promote HAHA .

''YA ALLAH YA TUHANKU ko panjangkan la hubungan kami, lindungilah die yang berade jauh dri mate ku ni,ko sejahterakanlah kehidupan die ya Allah,ya Allah ya tuhan ku aku xsanggup melihat die bersedih ya Allah,andai kata aku pergi dulu dari muka bumi ini dengan sakit dan dugaan yang kau uji ku ini ya Allah ko ketemukan lah die dgn org yang jauh lebih baik dri aku,yang memahami die,xkan sia2 kan idup die dan serupa dengan ku rupanye ya allah.aku redha dgn pemberianmu ini ya Allah'' -Muhammad Farhan bin Ahmad .

Amin amin amin , thank you sayang . :') saya sayang awak juga Muhammad Farhan bin Ahmad . :)

Tuesday, 5 July 2011

assalamualaikum .

Semalam aka hari isnin , saya g kuar tengok wayang lagi . temankan abg aan . dia nak jugak tengok cerita rasuk . daripada haritu lagi . so , layankan ajee . and yang paling terbaik , 1 panggung ade 5 orang je . osemm kann ? sejuk takyah cerita lah kan ? boleh beku dok dalam tuh . huhu , serik nak g lagi tempat tu . nama big cinema . memang big , tapi takramai orang . huhu . kesimpulannya , cerita ni bosan , lambat . siapa yang banyak dosa boleh terbakar . HAHA . :)

SINOPSIS – RASUK
Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan menarik serta aman dengan kehadiran penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman seorang pengarah fotografi  bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut kerana banglo itu cukup indah dan tenang, jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.

Saturday, 2 July 2011

hello JULY . please be good . :)


7/7 - Result's of semester three .
5/7 - Abang Irwan's birthday .
5/7 - calebrate wan batik birthday at Nur Lembah Pangsun (maybe) .
9/7 - Universal Studio , Singapore .
18/7 - Hello semester four .

Thursday, 30 June 2011

Sekali Lagi . :)

assalammualaikum . 
hyee . :D tadi saya g tengok wayang lagi dengan kawan kakak . kat summit usj je pon . movie Sekali Lagi . masuk lambat 10 minit . ciss . ni semua jalan jem punya angkara ! tak guna ! aku mengaku aku menangis dalam wayang berkali-kali tengok cerita nih . hee . jiwa halus gak eh aku nih . :p menghayati habiss . good job si handsome Shaheizy Sam , si cantik Lisa Surihani and si comel Mia Sara . puas hati . :)


Sinopsis Filem Sekali Lagi ;
Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Saksikan kesudahan filem Sekali Lagi di pawagam berhampiran.

Dark Of The Moon .

assalammualaikum . 
nampak tak Optimus Prime ? kacak kan ?? okay , i'm in love with her voice actually . sungguh la macho ! :D boleh cair babe ! kahkahkah . ngan robot pon boleh ade perasaan . ishh , pelik la awak ni dalila . g mampuh korang ! suka aku la kann . overall cerita ni tersangat la AWESOME double thumbs up ye rakan-rakan . sila serbu panggung dengan kadar yang segera !! and jangan lupa ajak saya sekali , nak repeat berkali-kali rasanya ! hee . over tauu !

Plot of Transformers 3 Dark of The Moon:
"The Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide and Sideswipe led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009’s Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There’s new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime Transformers character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth."

Monday, 27 June 2011

sehari di Nur Lembah Pangsun :)

assalammualaikum . 


hari terbaik . dah la tak tido seharian . kene pulak temankan kakak . die kena tolong member jadi jurulatih tak iktiraf kat Nur Lembah Pangsun . penah dengar takk ? alaa , TV3 slalu buat kem remaja kat sini . tempat dia best ! memang sesuai buat program camping . 


aku ni dah la jenis tido lambat , time orang dah bangun aku baru la terhegeh-hegeh nak tido . pukul 6 pagi aku naik atas dengan niat nak tior lah kann . tengok-tengok kakak dah bersiap-siap . ciss ! baru je nak tido . rela tak rela kene la mandi and bersiap . pukul 7 bertolak dari rumah .



sampai je , sarapan dengan jurulatih yang lain . nasi lemak . lepak jap and get ready for jungle tracking . aku pulak tak bawak sport shoes . slumber , redah hutan pakai fipper . pakai slipa je babe ! outfit memang tak sesuai langsung la kan . yelaa , kakak suh temankan je . tup-tup dorang suh join skali . ikot jelaa .  :D nasib baik jarak dekat je .


tolong handle budak smk kelana jaya . diorang tersangat la anak bandar . gedik takyah cite lah kann . bandar pulakk . kene tolong diorang dalam slot survivor . masak pakai kayu api . hahaha , huru-hara masing-masing . aku ajar diorang masak sardin , and diorang kata sedap !! HAHA , bangga jap . :p


pastu join group kwsp family day . dapat try flying fox wehh  !! :) terasa dunia ini aku yang punya ! muahaha , okay , itu dah over . mula-mula takut , lepas dah sekali try , nak lagi la jawabnya ! diorang stopkan aku kat tengah-tengah , untuk sesi bergambar . peace yaww !
paling best , bermain dengan dua ekor ular . jadi mama ular for the day . :) papa ular busy . so die suh aku jagakan . gembira sangat . rasa cam nak culik bawak balik je ! hehe . 
with phyton . :)
tengah tidur . comel kan ?

diorang suh kami adik beradik stay sana sampai ahad . tapi baju tak bawak . mama dah bagi green light tapi papa pulak suh balik . dalam kol 9pm gerak keluar dari sana . then lepak minum kat ampang . dalam kol 11pm  baru la gerak balik subang . :) i really had a wonderful day . :) tak rugi aku temankan kakak . :) thank you so much guys , kalau ade activity lagi call la ye . :) lau dalila free dalila join , insyaallah .
posing with the kids . :)

atas : abang cal , abang wan , kakak
bawah : syamin , abang pa'an , me 

Monday, 20 June 2011

great trip with u8 seniors ! :)

assalammualaikum .

okay , malas nak type . just enjoy the picture okay ? takbanyak pon , just a few . :) btw , i really had a great weekend trip with my seniors aka kakak friends . :) 20 orang yang pegi . ramai kan ? had a bbq there . ayam and sosej was so delicious ! thank you mahani for the recipe . :)


sebelum tuh , meh baca ni dulu . pengalaman main slide . nak sangat mencuba , at last hampir lemas bersama nur syamimi athirah aka mimi . dah la kami berdua kurang ketinggian . and al-asas kata takdalam , ofcurse lah , dia tinggi ! -.-' duhh . puas aku tendang untuk ke permukaan air , terkapai-kapai dengan harapan rasa udara kat atas , harapan~ . aku ditarik dan dipeluk erat oleh mimi . ciss , nak lemas sesama kee ? ok fine , aku sayang ko . hehe . alhamdulillah semua selamat . thanks jeff and asas . jeff , aku tendang ko eyh ?? takperasan derr , maklum la tengah bergelut dalam air . :p


THE END

Saturday, 18 June 2011

kung fu panda .

assalammualaikum , 
walaupun agak ketinggalan , tapi takpe . tetap puas hati . straw cap , orang paling excited nak tengok cite nih . :) aku jadi mangsa untuk temankan dia menonton wayang kung fu panda yang tersangat la AWESOME . sumpah comel si po nih . nak bela sekor boleh takk ?? geram !! btw , walaupun dalam panggung tu gelap , tapi aku nampak straw lap air mata ! HAHA , ye die menangis . muka je ganas , dalam hati ada taman . :p

Friday, 17 June 2011

HERO saya . :)

assalammualaikum . :)
hello peeps , handsome kan jejaka kat gambar tu ? meet my papa , mohamed jaim bin moprad . :) papa ni ade tahi lalat kat pipi kanan , manis tau . siapa yang melihat pasti tergoda . hikhikhik . :p okay , itu bodek namanya . sempena hari bapa ni , nak update pasal papa pulak dalam blog ni . papa adalah sumber kewangan aku yang paling utama . penat lelah papa mencari rezeki untuk anak bini . ye , papa sorang je yang bekerja . walaupun umurnya dah mencecah 59 pada 16 mei lepas , papa masih lagi gagah dan kuat untuk bekerja . :') hebat betul la papa ni . 

shopping dengan papa memang terbaik . haa , nak tau tak ? papa banyak bagi idea dalam berfashion . :) best kan ? pakaian yang di offer bukan calang-calang , itu yang bestnye . huhu . nak puji lagi nih . papa sporting , sama macam mama , sebab tu la dorang kawin . :) hee nipu beno  . itu bukan sebab kenapa papa n mama kawin . yang tu lain pulak citenye . haha . cikgu kami adik-beradik siapa lagi kalau bukan papa . mendidik , merotan , membebel untuk membentuk anak-anak supaya jadi 'manusia' berguna kelak. thank you pa . :')

hobi papa , suka tolong orang . family first lah kan , baru tolong orang lain . proud of you pa . selain tu , papa ni dulu jaguh boling . minat dia dalam boling diturunkan ke anak-anak . :) bapak borek , anak rintik lah kan ? aku minat boling pon sebab papa lah , die yang membawa virus boling dalam diri aku . :D kalau nak di ceritakan tentang papa kat blog nih , tak muat rasa nya . :) takpe , takyah nak riak and bangga sangat . adik bersyukur ade seorang ayah macam papa . ye , adik degil , and adik dah kecewakan papa banyak kali . paling teruk sebab result semester dua adik . kann ? hurrm , adik minta maaf pa . i love you papa dan adik akan cuba perbaiki pointer adik . insyaallah . btw , adik proud of you !


SELAMAT HARI BAPA , PAPA . :)

Thursday, 16 June 2011

GREEN LANTERN .

assalammualaikum .
okay , saya tipu . sebelum offline , nak gtau tadi saya g tengok movie ni kat sunway pyramid . wayang start 9.45 . fyi seat number A1 , yes hujung depan sekali . tersangat lah awesome dan teleng kepala mendongak sampai cerita yang best ni habis . sekian . :')