Saturday, 7 May 2011

kemalangan

assalammualaikum .

sambungan post lepas , turun dari cameron highland . kereta waja mmg selalu gerak dulu . tatau la ape yg nak dikejarnya . hee . van & satria berpisah masa di petronas . rupanya ramai di antara kami ada perasaan 'tak sedap hati' tapi masing-masing pilih untuk tidak meluahkan .

aku dapat msg dari syafiq , 'korg turun ikot mana' dalam pukul 6.40pm . aku reply 'jalan sama masa naik , ikot tapah . nak ktorg tggu ke ?' . tiada respond . waja menunggu kami di tol tapah . mana lah satria nih ? tak sampai-sampai . puas kami call semua yang ada dalam satria , am , ren , faiz n syafiq . tak berjawab . line takde kot . kami teruskan perjalanan , sebab ven kene pulangkan hari tersebut jgak . 

semua perempuan student unisel naik waja , with caie . yang lain-lain naik ven . otw balik dalam pkul 7lebih , aku dpt msg dari syafiq 'abg kami excident , semua cedera' . ya allah , berhenti kejap jantung aku . takboleh wat ape dah , menangis tak berhenti , macam org gila aku mase tuh . dah la masetuh aku tgh drive , caie suh benti tepi tukar driver . call ustaz bincang ape yang patut . caie pecut baik unisel . kebetulan ade kereta abang . so kami yang perempuan nih pecut balik ke hospital tapah . thanks huda drive kete dgn selamat . aku takleh drive , emosi x stabil . 

smapai hospital tapah , meet up syafiq , kesian dia . terkontang-kanting kat sana sorg2 . dgr cerita dari syafiq camne kemalangan tu terjadi . am & ren dlm wad kecemasan . faiz di bengkel dgn satria . terkilan bila tgk keadaan am & ren dalam wad . hanya ALLAH yg tau bertapa sakitnya kecederaan yang mereka alami . ren mgalami kecederaan di tengkuk , am pula di bahagian peha kanan . tak sanggup nak tgk lama-lama , nnt bajir plak hospital tuh .

kami tunggu ketibaan ustaz , dan sahabat yang lain . sementara menunggu , kami diberitahu ren & am akan dipindahkan ke hospital teluk intan . kami setuju , sbb itu yang terbaik untuk sahabat kami . wawa akan temankan ren dalam ambulan , syafiq temankan am . 5 min lepas ambulan bwk ren ke teluk intan , ustaz pun sampai . drama air mata berulang kembali . :'( kami follow ambulan . menemani am dari belakang sehingga ke teluk intan , perjalanan mgambil masa 1 jam dari tapah . 

ok , shortterm memory lost , aku tak igt sgt ape yang berlaku . drama huda & jaz menyusul semasa ren dipindahkan ke wad . alhamdulillah , taklama kemudian , am dikhabarkan akan dipindahkan juga dalam wad yang sama dgn ren . subuh keesokkan hari kami bergerak balik ke unisel . bad n caie jaga am & ren . mika drive ustaz balik atas urusan tertentu . aku drive sehingga ke unisel dalam keadaan letih n ngantok . wawa , ira , nini , syafiq n faiz menemani aku . tapi yg berjaga wawa n syafiq je sepanjang perjalanan . smpai je unisel dalam pkul 7am , balik ostel trus tido . konon kol 10am nak bangun siap2 untuk ke teluk intan semula , hareem~ terlajak tido akibat keletihan . last-last kol 1 jugak bergerak ke sana . *tak igt pulak sapa yang ikot .  

sesi melawat dijalankan . dua hari berturut ke teluk intan . terbaik . beberapa hari kemudian am dipindahkan ke gleneangle ampang , atas permintaan keluarga am sendiri . ren pula semakin pulih . amapng , senang kami nak melawat am . dekat pon dekat . hari makin hari am semakin pulih , sekarang pon am dah discharge from gleneagle . esok bersamaan ahad 8 may auntie am ade buat kenduri doa selamat . insyaALLAH aku akan mghadirkan diri atas pemintaan am & family .

kemalangan berlaku akibat megelak kereta honda dari arah bertentangan . honda makan jalan mase tgh corner , alhamdulillah , faiz mgambil langkah untuk ke kanan dan akibatnya langar bonggol/bukit pasir . if ke kiri gaung la jawabnya . keadaan dalam kereta am di seat penumpang sebelah driver , syafiq n ren di seat penumpang blakang . syafiq terhempap ren dan akibatnya pinggang syafiq terseliuh and ren mgalami kecederaan di tengkuk . am tido si seat depan , kaki dilipatkan dan diletakkan di dashboard . akibatnya , mgalami kcederaan di tulang pinggul n kaki kanan . faiz driver mgalami kcderaan kecil di kepala n dada , stearing terkepak keluar . 

p/s : get well soon friends .

No comments:

Post a Comment