Saturday, 7 May 2011

mama . :)

assalammualaikum . ^_^

mama saya comel kan ? 
sempena hari ibu sedunia , aku pon nak jugak post pasal mama kat blog aku nih . nak share pasal mama tercinta . nama mama HALIMAH BINTI SANUSI , tapi tatau la camne mama leh dapat nama 'senah' . so ramai la yang pggil mama kak nah la , cik nah la . 

mama tersangatlah friendly orangnya , peramah level 10 and maybe more than that kot . huhuhu , mana je berjalan mesti ade kawan baru . kagum wehh ! special pasal mama , kalau makan mesti comot . cover camne skali pon tetaplah tumpah kat tudung la , lengan baju terkene kuah la . hee comel gila ! and kalau tak balik rumah , tak dengar mama membebel , rasa tak lengkap je hidup nih . she's the best mom ever . masakan mama of course no 1 dalam list . semua pon suka masakan mak masing-masing kan ? :) 

aku bersyukur sgt ada mama , she is very supportive person . kalau tgh down ke ape ke , mama akan bagi pendapat , tapi dengan syarat , tahan telinga sbb die akan selitkan nasihat yang tepek kene kat kita sendiri . aku kalau balik rumah , mesti cerita kat mama ape yang aku buat kat unisel tuh , semua pasal kawan aku , akan aku cerita kat mama . gossip yang menarik ke tak menarik pon cite . walaupun mama x fham . tapi tak semua la yang dicerita . :D

mama lah yang mengajar aku cara mengemas rumah , cara lipat baju , memasak . alhamdulillah , sekarang aku pandai la jugak buat kerja-kerja rumah . tak la kekok sangat bila ade kat tempat orang . tapi malangnya , aku ni pemalas tahap gaban bila kat rumah , tatau la setan ape yang merasuk . :p sebab tu hari hari kene bebel . best ! awesome gile bile mama start bebel . :D

mama membesarkan kami dgn penuh kasih sayang , makan minum confirm cukup . walaupun dalam kegawatan ekonomi . kalau nak diceritakan , takde ape dalam dunia ni dapat disamakan dgn kasih sayang , jasa , penat lelah yang mama berikan untuk kami adik bradik . 

mama , adik sayang sangat kat mama , walaupun anak mama yang bongsu ni teramat la degil tak dengar kata , nakal macam abang , nak ikot kepala sendiri jek . adik pon kadang-kandang terkasar bahasa ngan mama , melawan cakap mama , tak buat apa yang mama suruh , ingkar perintah mama . :( adik minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki . adik teramat sayangkan mama . muah muah muah . 

HAPPY MOTHER'S DAY MAMA . :)

4 comments:

  1. i like..macam sama dengan saya la..semua apa yang jadi kat ALAM cerita kat emak..emak bukan kenal pun sapa yang saya cirita..haha

    ReplyDelete
  2. hahah , dia lah pendengar yang setia . plus everyweek mama akan tanya , 'ade gambar baru tak dik?'. die tau anak die yang bongsu ni suke sgt berjalan n tgkap gmbar . :)

    ReplyDelete
  3. terharu terharu...
    hehehe..
    ske la entry yg ni~~
    love all mom in the world!!!~~

    ReplyDelete